AKADEMI TAHFIZ QURAN AZZAWAWI (ATQA) Penubuhan aliran Tahfiz ini adalah untuk memperlengkapkan lagi sistem pengajian Islam yang sedia ada dan tidak akan sempurna tanpa di terapkan tentang Al-Quran di dalam hati kerana ia adalah sumber wahyu Ilahi yang bermu’jizat yang terkandung dalamnya pelbagai hukum-hakam yang menjadi sumber rujukan yang utama. Nama Akademik Tahfiz Quran AzZawawi (ATQA) diletakkan bagi memberikan penghargaan kepada pengasas-pengasas Pusat Pengajian Islam Taman Islam setelah nama Imam Assyafie telah diadaptasikan pada nama dewan di Mujamma’ yang tersergam. Jesteru itu menjadi tanggung-jawab kita bersama bagi mengisi keperluan ini supaya generasi kini dan akan datang dapat menyimpan Al-Quran di dalam dada sebagaimana zaman sahabat Nabi serta Salafussoleh yang terdahulu. Dan dengan ini saya sebagai ketua Jabatan Pelajaran dan Tarbiyyah memandangkan usaha ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya untuk di wujudkan aliran Tahfiz Al-Quran bagi meramaikan la
Comments
Post a Comment