Idea Penubuhan



AKADEMI TAHFIZ QURAN AZZAWAWI 
(ATQA)
Penubuhan aliran Tahfiz ini adalah untuk memperlengkapkan lagi sistem pengajian Islam yang sedia ada dan tidak akan sempurna tanpa di terapkan tentang Al-Quran di dalam hati kerana ia adalah sumber wahyu Ilahi yang bermu’jizat yang terkandung dalamnya pelbagai hukum-hakam yang menjadi sumber rujukan yang utama.

Nama Akademik Tahfiz Quran AzZawawi (ATQA) diletakkan bagi memberikan penghargaan kepada pengasas-pengasas Pusat Pengajian Islam Taman Islam setelah nama Imam Assyafie telah diadaptasikan  pada nama dewan di Mujamma’ yang tersergam.
Jesteru itu menjadi tanggung-jawab kita bersama bagi mengisi keperluan ini supaya generasi kini dan akan datang dapat menyimpan Al-Quran di dalam dada sebagaimana zaman sahabat Nabi serta  Salafussoleh yang terdahulu.

Dan dengan ini saya sebagai ketua Jabatan Pelajaran dan Tarbiyyah memandangkan usaha ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya untuk di wujudkan aliran Tahfiz Al-Quran bagi meramaikan lagi para huffaz yang tersimpan di dalam sanubari mereka kalam yang Mulia ini, juga memenuhi tuntutan masyarakat yang ingin supaya generasi baru ini dapat memelihara Al-Quran di dalam dada mereka , juga menyahut apa yang di sarankan oleh Rasulullah solollahu alaihi wassalam.
عن عثمان بن عفان رضي الله عنه : عن الرسول صلى الله عليه وسلم قال : 
خيركم من تعلم القرآن وعلّمه – رواه البخاري في فضائل القران   
Yang bermaksud : ” Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya.”

Di Peringkat awal saya diberikan tugasan sebagai ketua jabatan ini, telah saya  kemukakan kepada sahabat ahli majlis mesyuarat tetapi di bekukan buat sementara waktu kerana memikir masaalah itu dan ini. Jadi pada hemat saya perkara ini boleh diadakan dan diatasi permasalahan yang timbul ditangani dengan bersungguh-sungguh jika kita benar-benar ingin wujudkan .

Kesedaran ini wujud apabila melihat suasana kini dapat direalisasikan wawasan ini untuk kebaikan semua pihak. Apatah lagi kesedaran dari ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka menjadi seorang bergelar (AL-HAFIZ) yang mana ganjaran pahala yang berlipat ganda dijanjikan oleh Allah terhadap para huffaz.

Dan ini dapat memberi peluang bagi anak-anak kita yang sedang mendalami dalam bidang tahfiz meneruskan kesinambungan dalam bidang tahfiz alquran ditempat mereka sendiri dan ATQA akan menjadi pusat Huffaz serantau sebagaimana yang kita laksanakan dalam bidang pengajian Islam yang sedia ada.

Alhamdulillah, kita di kurniakan Allah Taala prasarana yang sedia ada agak baik, mengatasi dari tempat yang lain. Jadi amat wajar kita wujudkan (ATQA) untuk mengisi tempat yang tersedia itu dengan program ini. Moga pahala orang yang mewakafkan dan orang yang berusaha membina tempat-tempat tersebut terus menikmati anugerah pahala serta ganjaran dari Allah Talaa sentiasa.

Marilah sama-sama untuk melakukannya. Setiap sesuatu yang baik itu, ayuh kita laksanakan serta positifkan minda kepada kebaikan dengan niat baik itu. Saya penuh yakin kepada Allah dan percaya bahawa usaha ini berhasil jika kita sama-sama menyokong dan mendokongnya. Saranan serta nasihat yang proaktif diharapkan bagi melaksanakannya sebaik mungkin.
 Saya memilih lokasi bangunan surau dan dewan syura lama itu dijadikan tempat induk kepada (ATQA) dewan syura lama (mesyuarat) untuk dijadikan penginapan dan surau dijadikan tempat mereka mengulangkaji dan solat disamping PPTIK sendiri telah ada masjid yang besar.

Oleh kerana melihat suasana persekolahan yang sedia ada tidak mampu lagi menarik ramai pelajar untuk menuntut ilmu, semoga dengan penubuhan (ATQA) ini dapat mengamit hati yang ramai lagi para pelajar untuk datang serta menimba ilmu disini. Kalau kita bincang dalam strategi dan kemajuan dalam dunia perniagaan, kita perlu menawarkan kepelbagaian produk bagi menambahkan lagi barangan yang sedia ada untuk menarik seberapa ramai mungkin pelanggan ke kedai kita.

Saya mengalu-alukan cadangan, kritikan yang membina bagi merealsasikan impian ini menjadi kenyataan Insya Allah. Tiada dalam diri saya kepentingan peribadi, melainkan ingin melihat kesinambungan pengajian islam ini terlaksana di tempat ini. Diharapkan agar  Yayasan Pendidikan Taman Islam  dapat membantu membuktikan kearah kegemilangan Islam.

Al-Faqir Ila Afwiilah
Hj Megat Abdul Wahid b Hj Megat Idrus
11/2010



Comments

  1. salam.semoga Allah Taala memudahkan urusan saudara dalam menjalankan amanah ini.

    ReplyDelete
  2. slm rindu buat tmn islam...Tahniah diats pnubuhn Akademi Tahfiz Quran Azzawawi.smoga ATQA dpt mnambat hti rmai plajar utk mnimba ilmu di tmn islm dan mlahirkn plajar2 yg bgelar Al-Hafiz,amin!!...insyaallah sy akn cbe rekemankn pd knalan2.

    ReplyDelete

Post a Comment